LUBAN/ LUBANAH/ KEMENYAN ARAB/ KEMENYAN PUTIH/ FRANKINCENSE


PENGENALAN

Luban atau kemenyan Arab (Frankincense) merupakan resin yang beraroma diperoleh dari berbagai jenis pohon hijau atau semak belukar di kawasan negara-negara beriklim panas dan di kawasan Timur Tengah seperti Oman, Yaman dan Somalia. Resin merupakan getah yang mengeras bila terkena angin atau merupakan sebuah sekresi Hydrocarbon dari tanaman. Luban disebut juga Frankincense dikenalkan kembali ke Eropah oleh tentera pengikut perang salib dari Perancis.

Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan. Ia menghasilkan resin jernih/ lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok.

Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.

Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/ Serani/ Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu.

Luban merupakan salah satu makanan yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi. Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam. Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini.


SEJARAH

Luban disebut juga sebagai kundur zikri. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab “Tib Al-Nabawi” m.s 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.h. Anas r.a. Dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya : .

“ Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan libanah, kerana libanah dapat menguatkan hati serta menghilangkan kelupaan”

Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lender balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan system pernafasan. .

Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.

أطعموا حبالاكم اللبان , فإن يكن في بطنهنّ غلام خرج ذكي القلب عالما شجاعا , وإن يكن جارية حسن خلقها وخلقها وعظمت عجيزتها وحظيت عند زوجها

Ertinya: Berikanlah luban kepada isteri kalian yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan menjadi anak yang cerdas, pandai, dan pemberani. Dan jika bayi yang kandungnya itu perempuan, maka anak itu akan menjadi cantik paras dan budi pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya.

Luban (Frankincense) menjadi masyhur apabila menyingkap sejarah dari kitab Injil yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s yang baru dilahirkan telah mendapat hadiah iaitu emas, luban dan myrrh. Sungguhpun ramai yang tahu akan sejarah luban, tapi amat sedikit yang mengetahui dan boleh memberi penerangan apakah luban sebenarnya. Dalam kitab Injil (Bible): dalam Exodus 30:34 ia merujuk kepada levonah yang bermaksud “Lebanese” atau “putih” dalam bahasa Ibrani (Hebrew)..

Manakala bagi dunia Barat pula, nama “frankincense” adalah lebih umum. Nama ini mungkin bedasarkan kepada aroma kemenyan atau setanggi Franks di mana ia tiba di Eropah melalui tentera pengikut perang salib dari Perancis.

Frankincense, seperti myrrh adalah getah pokok yang telah kering atau disebut resin, terutamanya digunakan untuk membuat kemenyan. Pokok ini menghasilkan resin yang bermutu tinggi. Proses pengambilan resin ini ialah 2 – 3 kali setahun. Pokok yang muda akan menghasilkan resin berkualiti tinggi berbanding pokok yang telah tua.


KHASIAT

  • Meningkatkan kecerdasan Minda.
  • Mengelakkan daripada penyakit lupa dan nyanyuk.
  • Meningkatkan ketajaman daya ingatan.
  • Memberi ketenangan (menghilangkan stress).
  • Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.
  • Menambahkan keyakinan diri.
  • Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan.
Berdasarkan tindakbalas juga dapat merawat dan melegakan penyakit:
  • Sakit saraf , urat, dan sengal-sengal badan bagi ibu selepas bersalin.
  • Mampu memberi stamina, menggelakkan keletihan ibu selepas bersalin dan semasa mengandung.
  • Baik untuk ibu mengandung.
  • Pertuturan kurang jelas.
  • Pra nyanyuk.
  • Migrain.
  • Sakit kepala dan masalah angin.
  • Tekanan yang melampau.
  • Keletihan.
  • Masalah pelajar malas belajar.
  • Mengatasi masalah anak-anak degil.
  • Lawas sistem perkumuhan.
Golongan yang sesuai untuk mengamalkan pengambilan luban sebagai supplement harian.
  • Kanak-kanak.
  • Remaja.
  • Dewasa.
  • Warga emas.
  • Orang nyanyuk
  • Ibu mengandung.
  • Ibu dalam pantang.
  • Pesakit mental.

CARA PEMAKANAN/ KAEDAH PENGAMBILAN

Kaedah 1: Hanya perlu mengunyah seperti gula-gula getah dan ambil 3 biji setiap kali makan. Boleh dimakan bila-bila masa dan amat sesuai untuk pelajar. Rasanya pahit dan pahit itulah menghilangkan lendir balagham itu. Kunyah sehingga tinggal hampas, kemudian boleh dibuang.

Kaedah 2: Dianjurkan makan sebelum tidur – untuk kanak-kanak dan remaja. Pagi dan juga malam bagi orang dewasa,orang tua dan yang mengalami masalah kronik.Di letakkannya di atas lidah, Isap seperti gula-gula. Ditumbuk menjadi serbuk dan secubit serbuk diletakkan di atas lidah bagi kanak-kanak yang masih kecil.(2 tahun ke bawah) juga boleh divariasikan iaitu boleh dicampur dengan aIr suam, susu, teh, milo, kopi dan sebagainya.

Kaedah 3: Kaedah pengambilan kemenyan putih (luban) menurut petua daripada Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustaffa Kutan dalam Laqzah al-‘Ujlan.
☑ Rendam kemenyan putih (luban) di dalamair pada waktu malam.
☑ Keesokannya sebelum sarapan pagi campurkan kemenyan putih (luban) dengan gula pasir dengan nisbah 1:2
☑ Makan sebanyak 1 camca besar pada waktu awal pagi sebelum sarapan.
☑ Untuk menambahkan mujarab dibacakan ayat 27-28 surah Luqman pada 2 grams kemenyan putih (luban) itu dan dicampur dengan madu lebah serta dimakan setiap hari.

Kaedah 4: Ibnu Abbas, seorang penghafaz dan ahli Qur’an berkata: “ Memakan satu misqal (bersamaan 4.2 gram) gula bersama 1 misqal kemenyan putih selama 7 hari berturut-turut dapat membetulkan pembuangan air kecil dan mengubati kelupaan.


atau, klik pada butang "Tempah Sekarang!" di bawah;








*Ada yang mengatakan terdapat Hadith berkenaan Luban, namun belum ada sumber atau riwayat sahih yang boleh dibuktikan.